Tentang Kami

Tertubuhnya syarikat ini adalah hasil daripada pengalaman dan minat dalam bidang perniagaan, dan seni bina. Kami di MONAZ BUILDERS percaya bahawa setiap perkerjaan yang dilakukan merupakan ibadah dan perniagaan ini juga merupakan fardhu kifayah yang boleh pihak kami salurkan semasa bertugas disamping memberi khidmat kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Pada awal permulaan MONAZ BUILDERS mula mengorak langkah dengan mendapat beberapa projek renovasi / pembinaan berskala kecil. KPI (Key Performance Indicator) di MONAZ BUILDERS amat menitikberatkan faktor penelitian bagi setiap hasil kerja yang dilakukan. Kini MONAZ BUILDERS kian mendapat kepercayaan umum untuk merekabentuk kediaman, surau, dan pelbagai lagi projek berskala sederhana.

MONAZ BUILDERS yakin kami mampu untuk bersaing secara sihat kerana servis kami adalah yang berkualiti. Perniagaan ini berpotensi tinggi kerana merupakan salah satu keperluan dan kehendak yang acapkali mendapat permintaan pasaran yang tinggi. Pemilik syarikat merupakan individu yang berpengalaman dan mempunyai minat mendalam dalam bidang ini justeru hala tuju syarikat amat jelas dalam menempa nama dan potensi syarikat kepada kedudukan yang lebih gemilang. Dengan tenaga dan fikiran generasi yang sudah berpengalaman, kami di MONAZ BUILDERS menjamin bahawa syarikat ini akan berada di persada yang selayaknya.​

Visi

Menjadi syarikat yang mampu mengorak langkah, daya saing terus ke masa depan dalam bidang yang diceburi.

Misi

Nilai Kerja Monaz Builders

Menepati Masa

Efisyen

Inovasi

Ketelitian

Pasukan Kami

Pasukan Kami adalah professional dan kompeten dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan
serta mempunyai pengalaman kerja lebih dari 10 tahun dalam bidang ini.

Kenapa Pilih Kami?

Di Monaz Builder, kami menggabungkan kepakaran industri dengan sentuhan peribadi. Kami bukan sekadar kontraktor — kami adalah rakan yang dipercayai sepanjang keseluruhan projek. Dari rundingan awal hingga penyerahan akhir, pelanggan kami menikmati: